Orang Yang Wajib Bayar Zakat

Mengeluarkan Zakat Adalah Kewajiban Bagi Setiap Muslim Yang Mempunyai
Harta Yang Lebih, Berdasarkan Firman Allah : "Berimanlah Kamu Kepada
Allah Dan Rasul-Nya Dan Nafkahkanlah Sebagian Dari Hartamu Yang Allah
Telah Menjadikan Kamu Menguasainya" (Al Hadid : 7).

Yang Di Namakan Zakat Itu Ada Dua Macam: Zakat Fitrah Dan Zakat Maal
Atau Zakat Harta.
Syarat Yang Menyebabkan Seseorang Wajib Membayar Zakat Fitrah Adalah
Sebagai Berikut :

1. Seorang Yang Mempunyai Kelebihan Makanan Atau Hartanya Dari
Keperluan Tanggungannya Pada Malam Dan Pagi Hari Raya.

2. Anak Yang Lahir Sebelum Matahari Jatuh Pada Akhir Bulan Ramadhan
Dan Hidup Selepas Terbenam Matahari.

3. Memeluk Islam Sebelum Terbenam Matahari Pada Akhir Bulan Ramadhan
Dan Tetap Dalam Islamnya.

4. Seorang Yang Meninggal Selepas Terbenam Matahari Akhir Ramadhan.

Diriwayatkan Dari Ibnu Umar Ra. Ia Berkata : Rasulullah SAW
Memerintahkan Untuk Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Anak Kecil, Orang
Dewasa, Orang Merdeka Dan Hamba Sahaya Dari Orang Yang Kamu Sediakan
Makanan Mereka (Tanggunganmu). (H.R:Daaruquthni, Hadits Hasan).

Menurut Para Ulama Ukuran Zakat Fitrah Adalah Sebesar Satu Sha' Atau
Kira-Kira Setara Dengan 3,5 Liter Atau 2.5 kg Makanan Pokok (Tepung,
Kurma, Gandum) Atau Yang Biasa Dikonsumsi Di Daerah Bersangkutan.
Jadi Maksimal Sebelum Khatib Sholat Idul Fitri Turun Dari Mimbarnya,
Zakat Fitrah Masing-Masing Individu Dan Segenap Anggota Keluarga Yang
Menjadi Tanggungannya Sudah Di Bayarkan.

--
ECAZA

0 komentar: